Skip to content

Manhaj Salaf, manhaj resmi di Negeri Perlis (Malaysia)

November 2, 2010

Raja Perlis  salah satu negeri bagian di Malaysia

Telah menetapkan bahwa manhaj salaf sebagai manhaj resmi di negerinya.

Dinegeri ini dakwah sunnah telah  berkembang dengan pesat .

Sunnah Wal Jamaah manhaj rasmi

KANGAR 12 Jun – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, Perlis telah menetapkan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah adalah manhaj rasmi negeri ini.

Titah baginda, sebagai manhaj rasmi, ia bebas untuk dipelajari, dihayati dan diamalkan di negeri ini dengan aman dan sejahtera.

“Kita di negeri ini sewajarnya mensyukuri dan menghayati nikmat yang kita peroleh untuk menurut jejak langkah sunah Rasulullah yang sebenar-benarnya tanpa takut kepada perkara bidaah dan fitnah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam ucapan perasmian Forum Ahlis Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) 2010 di Masjid Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah bahawa manhaj berkenaan dikanunkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis oleh almarhum ayahanda baginda, Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama-sama pelbagai tokoh negeri ini.

“Komitmen untuk membela manhaj ini akan dipertahankan oleh saya selaku Ketua Agama Islam di negeri ini dengan dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda berharap FASS 2010 akan berupaya memantapkan jaringan kerjasama antara Perlis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah di dalam mahupun luar negara.

“Dengan pendekatan ini akan wujud persepakatan dan kerjasama bagi memperkasa dan menyebarkan sunah Rasulullah yang sebenar-benarnya,” titah baginda.

Sementara itu, ahli panel forum tersebut terdiri daripada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia, Sofwan Badrie Ahmad Badrie; Pendakwah Bebas dari Singapura, Rasul Dahri dan Ketua Cabang Istimewa Muhammadiyyah dari Indonesia, Prof. Madya Dr. Muhammad Akhyar Adnan.

Turut serta Rektor Universiti Islam Yala, Thailand, Dr. Ismail Lufti Rahman Japakiya dan Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Datuk Alim Setia Ahmad Yusof Amin.

http://penaminang.blogspot.com/2010/06/raja-perlis-istihar-manhaj-salaf.html

5 Comments leave one →
  1. September 18, 2011 2:33 pm

    subhanalloh walhamdulillah..

  2. February 23, 2012 2:29 pm

    masya allah….tahniah buat raja perlis moga amal antum di terima allah ta”ala

  3. ibnu ardhan al maidany permalink
    July 2, 2012 12:59 pm

    masya allah.. allahu akbar alhamdulillah semoga allah memberkahi raja tersebut dan pemimpin dinegara kami juga akan mengikuti jejak beliau

  4. Norazmi bin Hizam permalink
    September 1, 2012 8:07 pm

    Masya Allah,SubhanAllah Walhamdulillah walaaillahaillallah wallahuakbar.boleh saya berhijrah ke tanah ini?saya dari singapura.boleh tak?tak sabar saya nak berilmiyah disana.Segala puji milik Allah yg Maha Berkehendak.Semoga Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail dan penduduknya dirahmati Allah s.w.t.

  5. January 31, 2013 2:39 am

    alhamdulillahi binikmatihi tatimmus shoolihaat, wa barakallahu fiih
    semoga daeerah lain mengikuti jejak pemimpin Perlis….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: